Monday, January 19, 2009

apik masuk kosmo!

cerita basi: copy and paste! kenangan bersama makmerah..
A BOY TO A MAN.
salam manje and hai squad.
Meraikan blog Redmummy
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

Satu majlis dianjurkan di Putrajaya baru-baru ini bagi mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dengan penulis blog itu sendiri, Mira.



"MIRA bersama suami dan anak-anaknya."


TAMAN Putra Perdana, Presint 1 di Putrajaya baru-baru ini dipenuhi dengan sekumpulan individu yang memakai pakaian berwarna merah. Daripada pakaian sehinggalah aksesori dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, pasti ada terselit warna garang itu pada mereka.
Semuanya gara-gara menghadiri majlis perjumpaan pembaca dan peminat blogger Redmummy.com yang dikendalikan oleh Mira Abu Bakar, 33, ibu kepada sepasang cahaya mata.
Bagi Mira, pertemuan itu diadakan semata-mata untuk menghargai peminatnya yang tidak pernah jemu membaca dan memberi komen ke atas setiap bahan yang dihantar ke blog Redmummy.com.
Malah, ia juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama mereka yang sebelum ini hanya bertemu di layar putih alam siber.
"Saya sendiri tak sangka program perhimpunan Redmummy.com mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih mengharukan, mereka yang datang turut memakai pakaian merah untuk menunjukkan sokongan kepada saya yang merupakan pencinta warna tersebut.
"Mereka yang masih bujang datang bersama teman istimewa masing-masing, manakala yang sudah berkeluarga pula membawa pasangan serta anak-anak bagi memeriahkan lagi majlis ini," kata Mira ketika ditemui Kosmo! di Putrajaya baru-baru ini.


"PARA pembaca blog Redmummy dari seluruh negara berkumpul dalam satu majlis di Putrajaya baru-baru ini."


Selain itu, setiap peminat yang datang membawa bersama pelbagai jenis makanan untuk santapan semua yang hadir pada majlis tersebut.
Tidak ketinggalan, majlis itu turut dihadiri pembaca setia blog Redmummy.com yang datang dari Singapura iaitu Latifah Muhd. Ikmal, 44, dan suaminya, Mohd. Shah Sanusi, 48. Menurut Latifah, dia datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya dan sempat meluangkan masa untuk menyertai program tersebut.
"Saya dan suami memang pembaca setia blog Redmummy.com dan sudah hampir tiga tahun mengikutinya. Yang pasti, kami seronok membaca bahan yang dikirim melalui laman blog ini kerana ia memuatkan pelbagai perkara.
"Sebelum ini, Mira ada datang ke Singapura dan kami sempat bertukar-tukar hadiah. Kami juga sering berhubung melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS)," jelas Latifah yang turut hadir membawa hadiah istimewa untuk anak-anak Mira iaitu Shameel, 8, dan Melysha, 4.
Sementara itu, orang kuat di belakang penganjuran majlis itu, Izyan Diyana Mohd. Khalid berkata, dia gembira kerana semua yang dirancang bersama empat rakan lain berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
"Kami berlima sebenarnya membantu Kak Red (panggilan untuk Mira) untuk menjayakan majlis ini. Semuanya atas cadangan seorang rakan yang meminta pertolongan menganjurkan potluck bersama Redmummy.com.
"Sebelum ini, saya pernah menyertai pertandingan yang ada dalam laman web tersebut dan memenangi tiket menyaksikan filem Madagascar. Sejak itu, kami saling berhubung dan menjalin persahabatan melalui blog tersebut," kata Diyana yang merupakan pengikut setia blog Redmummy.com.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy.
Aktiviti-aktiviti itu mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan ia secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.

ps: kecik je gambaq aku.. heboh satu kelas..
pss:baju merah belang2 yg ditaja oleh akupunye sdn bhd

0 comments:

Post a Comment