Tuesday, August 25, 2009

Program Mahasiswa Prihatin part 1

semasa program ini berlangsung, apik dikenali sebagai abg zek.. so, paham2la dalam ertikata membahasakan diri..



A BOY TO A MAN.


A MAN TO A SOLDIER.



salam manje and hai squad.








hari pertama.

sebelum itu.. meh abg zek(abg fasilitator yg paling bergaya dan kiut) crite sket ape ke bende yg mpp buat ni.. apo kona yo jang?(betol ke loghat N9 ni)




Dunia kini menyaksikan masyarakatnya semakin alpa dan leka dalam mengejar kemewahan materialistik semata-mata tanpa mengendahkan tuntutan rohani. Impak dari perkara ini telah mengilhamkan bekas Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk mencetuskan satu revolusi pemikiran dalam membangunkan satu bangsa yang mempunyai pembangunan modal insan yang tinggi dengan mempunyai ciri-ciri seperti berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan Negara dan mempunyai kekuatan jasmani serta kekuatan rohani.



Modal insan merupakan satu elemen yang perlu diterap dalam diri setiap individu bagi mewujudkan insan yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, bebudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif serta kreatif dalam mencetuskan idea, sihat, bersemangat patriotik, adil dan saksama, progresif, cekal, dan berdaya saing. Dalam hal ini, golongan yang perlu diberi penekanan dalam menerapkan elemen modal insan ialah golongan remaja serta anak-anak muda kerana mereka ialah generasi hadapan Malaysia.



Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting kerana merekalah bakal pemimpin masa hadapan dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020. Dalam melahirkan generasi hadapan yang inovatif pelbagai cetusan idea dan langkah praktikal telah dilakukan oleh kerajaan termasuklah usaha untuk meningkatkan Modal Insan khususnya dalam mensyukuri nikmat dan mempunyai sifat prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi menyahut dan merealisasikan hasrat kerajaan ini Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bakal menjalankan satu program, iaitu Program Mahasiswa Prihatin.



dipetik dari cadangan kertas kerja PROGRAM MAHASISWA PRIHATIN.



pengarah program, fadhli bergambar bersama tauke neck tie..



alhamdulillah. akhirnya, program yang dirancang sejak 5 bulan yang lalu kini telah dapat direalisasikan dengan usahasama dan kerjasama dari pelbagai pihak. banyak yang abg zek belajar sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung. last entry, abg zek ade ckpkan pasal AO.. haah.. tudia.. banyak benda yg dpt dikutip dan dijadikan iktibar.. walaupun first time buat AO, abg zek telah dibantu oleh squad-squad sendiri serta cip atafi.. terima kasih semua.



hari berangkat.

ade la nyamuk mane ntah duk mengedik bersuara..

"aik exco penerbitan, nak pegi mane tu? outstation lagi ka?"

mmm.. lantak ko la labu.. yg penting, aku tak gune sesen pon duit ko!



perasaan excited dan gundah gulana menyelubungi perasaan abg zek. ye la kan. xpenah pon buat keje amal mcm ni.. sampai turun padang.. menyaksikan sendiri apa yg berlaku realitinya. my expectation with the home boys is almost same about what the exco kebajikan dan masyarakat stated in the report. khai cakap, nnt ko pegi ni, ko tengok sendiri cam mana kehidupan diorang. tudiaa.. almaklum la.. abg zek ni dibesarkan dalam keadaan yang serba moden dan kontemporari.. mintak ini, dapat. mintak itu, dapat. mintak duit,dapat. harus diingatkan, abg zek juga xpenah duduk asrama. semua depan mata.(pengakuan tulus dan ikhlas)



walaubagaimanapun, abg zek tetap menganggap itu semua bukan satu yg tetap. bila2 masa Allah boleh tarik. termasuklah pangkat dan nyawa. ibu selalu ajar abg zek, apa itu erti kesusahan? betapa susahnya nak cari duit. apa itu syukur? apa itu duit? dan paling penting, hormat pada org tua. teringat zaman2 sekolah dulu..

abg zek ada nenek angkat(nenek yang jaga ibu sewaktu umur ibu 40hari sampai la akhir hayat nenek pada tahun 1999). ain la yang basuh berak nenek. yg mandikan nenek. blabla.. ter'emo' pulak.. dah la xnak la crite.. nnt aku nangis. askar laut mane boleh nangis! dahdah..



ni bukan putera syafiq k..



pabila kami sampai, mcm biasa la.. abg zek bermegah ala2 prince william.. maklumla.. serba putih.. ceh.. bersiap utk sembahyang jumaat di masjid ulu gadong, kota, rembau, N9.





kemudian, majlis perasmian PROGRAM MAHASISWA PRIHATIN berlangsung tepat jam 3 setengah yang disempurnakan oleh Prof Wan Mahzom,Tim Naib Canselor HEPA. seramai 6 org pegawai kadet dan 20 orang pelajar awam(palapes UPNM) mengikuti program ini.



walaupun ada permintaan yang ramai dari pegawai kadet untuk mengikuti program ini, namun, pihak penganjur terpaksa menolak disebabkan atas faktor2 yang tertentu. walaubagaimanapun, setiap batalion telah menghantar wakil masing2 untuk ke program ini.



majlis kemudian diteruskan dengan pembahagian kumpulan masing2. abg zek ditempatkan dlm group 3 bersama 12 orang anak-anak yatim dan miskin, ulu gadong, kota, rembau,N9.



amin dgn lagak gayanya yang tersendiri..



malam pulak.. aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK).. biasalah.. aktiviti suai kenal.. disebabkan mata abg zek terlalu letih ditambah pula dengan rasa kurang sihat, abg zek telah tido awal.



group2 aku.. yg tutup mata tu sgt la gedik..



k.. jumpe esok..



sebelum abg zek berambos, sama2 kita hayati bersama peribahasa ini..

ringan sama dijinjing, berat sama dipikul..



nota kaki: agak2nya la.. ada org nak tolong aku ka.. kalo2 aku kene pikul triple XXXL pencil merah 2B @ log merah itu serta pemadam.. selamat beramal.. daaaa....





2 comments:

zetty said...

alhmdulillah...mmbuat kerja2 amal di bulan ramdhan mcm nie...bgus2...hehehe
selamat mnjalankn ibadah puasa di bulan ramadhan...

Zamil Afiq said...

zetty
oh jgn salah anggap..
program ini berlangsung sejak 14-16 ogos yang lalu.. baru hari ini berkesempatan untuk update dan upload gambar2 itu..

selamat menjalankan ibadah puasa juga..

Post a Comment