Friday, May 28, 2010

outstation

NO TRANSITION.
salam squad and hai everyone.

maaf semua.
mungkin kerana tertunggu-tunggu coretan diari saya.
saya akan pergi jauh.
jauh dari UPNM buat seketika.

sebelum saya tinggalkan UPNM, disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki saya. maklum la, saya ni kan jenis yang cakap lepas je. kalo tertinggi suara tu, biasa la. buat kawan2 yang pernah satu kumpulan dengan saya, saya mmg macam tu. kalo due date dia esok, tiga hari sebelum due date dah siap tugasan itu. saya akan enforce untuk siapkan sesuatu perkara itu supaya tak kelam-kabut. ada paham. dan paling penting, kalo kita buat kerja, mesti hasilkan yang terbaik dan bersungguh-sungguh. kalo cincai boncai tu, kirim salam la kalo nak satu group ngan kau lagi..

saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menjadi CO tunas wira pada 22 mei yang lalu. walaupun sangat perit dan mencabar kewibawaan(hahaha), penat letih, susah senang, tido lewat, kena marah, kena kutuk, kena caci, etc, saya anggap semua ini sebagai proses pembelajaran. time ni la nak buat salah pun. esok lusa, bila dah jadi officer, mana boleh buat salah lagi. insyaallah. jika ada rezeki, saya ingin datang semula ke UPNM.

kepada yang darat dan airforce, hang pa training, training jugak. solat jangan lupa. bilik kemas. tandas bersih. koridor depan rumah tu, suruh je junior sapu. sampah buang. buang la tabiat AMBIL KESEMPATAN. cuba hangpa berada didepan suatu hari nnt. pasti org kat depan tu naek hangin jugak kan. so, lu pikir la sendiri. buang jauh-jauh perasaan prasangka negatif terhadap sesorang. ok.

buat insan yang selalu terasa tu, saya ucapkan semoga kamu berbahagia dan diberi nur hidayah dari Allah swt. kalo kau rasa kau tu bagus sangat, go a head. buat la cara kau. aku tetap dengan cara aku. buat apa aku nak jadi orang lain. perlu ke aku jadi pelakon..? hahaha..

ok(ayat formal)

disini juga saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih yang teramat sangat buat lecturer. result sem ni gempak jugak la. dekan. walaupun agak terkilan dengan insiden2 yang tidak diingini, nak buat macam mana. terima je la. tapi, saya harus berbangga. ini adalah hasil usaha aku sendiri. buat kawan2 yang sudi berstudy group sama-sama, nahhh.. inilah hasilnya kan.. aku hanya mampu senyum tanda gembira sbb kita sama2 naik. tapi, bila jatuh, ada la sorang dua kat belakang ni tolong papahkan. terima kasih ahmad muslihin.

sebelum saya mengundur diri, saya ingin memaklumkan bahawa blog ini akan bersawang buat seketika bagi memberi laluan kepada saya untuk fokus dengan navy dan CEH. maaf semua.

sekian.
salam tulus ikhlas.
maaf zahir dan batin.

kepada follower dah da follow aku tu, insyaallah, bila aku balik nnt, aku follow hang pa.

6 comments:

MR. MIND said...

sedih plak baca ni...huhuhu...jr. mmg sakit...hahaha...

Zamil Afiq said...

mindbreaking
apa yang sedih nya.. senyum sokmo..

nuyui said...

wow.. mcm bg wasiat ek.. anyway, take care ek kat sana tu dik.. jgn lupe follow akak lak.. :)

Zamil Afiq said...

nuyui
thanks..
walaupun saya busy ni..
sempat gak bukak fb ngan blog ni haa..

iqafi said...

cewah..boleh caya ke ni nk pg jauh2?
tah2 esok lusa ade pulak entry baru

L.e.y.h.a said...

weh..hang navy ke?

Post a Comment