Wednesday, January 28, 2009

BKO-DAY 1

A MAN TO A SOLDIER.
salam manje and hai squad.
DISCLAIMER: cerita basi lagi. lantak la.. blog aku, suke hati aku la nak tulis ape pon. peristiwa ini mmg patut diabadikan sbg kenang-kenangan utk masa hadapan.

mukadimmah:
ahha.. kali ini, entry berbahasa melayu. skali-skala kene la tukar mood pulak. coretan peristiwa ini telah menyebabkan enchik apik bergelumang dengan politik ala2 kampus. glamour atau populariti? itu bukan matlamat utama. sememangnya enchik apik mmg dah popular pon sejak beliau melangkah masuk ke universiti ini. ye ke? mule2 "low profile". moonafiq!
alkisah:
"hang dok pi gatai bubuh name tu ape pasai". loghat kedah. ala.. aku sebenarnye try and error je. kalo dapat ok. sahut jelah cabaran depan mata. konon nak jadi pemimpin! heloo.. semua org dicipta utk menjadi pemimpin. lalu, datang lah berita utk beliau di"interview" oleh dekan fakulti sains dan teknologi pertahanan. mmm.. dengan ayat yang berbunge2 dan nada yang slumber(tp sebenarnya agak gugup), lalu beliau pun lalui proses di"interview" itu.
selesai.

lalu, datanglah berite dimana bakal2 calon diwajibkan menyertai satu bengkel khusus utk membina semangat waja dan azam yg padu. hah.. tempat kursus atau bengkel ini ialah KLANA RESORT, Seremban.

ooo yeah.. excuse pt.. rentas halangan.. yahooo.. seronok sakan? tak jugak. keletihan pada otak. nasib baik tempat ok. ilmu pun senang nak masuk. suasana yg konduksif, selesa dan mendamaikan.


seramai 21 org calon mengikuti program ini. inilah bas yg mengangkut kiteorg. bas baru. bau kedai lagi. harga= toksah tanye la.



setelah sampai ke destinasi, mula la aksi fotogedik. situ.sana.sini. check in. masuk bilik. sebilik ngan si daniel. tukar baju. baring2 jap. pi kat balkoni. nampak ini. besar jugak kolam renang ini.

lalu, beliau pon bercadang utk mandi di swimming pool. katil yang hujung tu aku punye. so, jgn nak wat spekulasi atau crite yg bukan2 pasal kongsi katil. si daniel ni pon tergopoh-gapah cari suar tight(betol ke aku eja? ntah la..). bermandi-manda lah beliau dengan geng2 lelaki yang lain. suhu air kolam renang itu suam2 panas.
beriadah sehingga pukul 1900H. solat asar tidak sekali dilupakan. waktu malantak tiba. makanan? standard la resort 4* katekan.. restoren cina.. halal ok.. sedap.. seddap..




bila cakap pasal makan.. aku mmg suke. aku mmg suke makan. tp pelik la.. ape pasal berat aku tak naik2? hari pertama.. aku beli kek blueberry cheese.. sedap2..

ok, slot pertama dimulakan dengan penceramah, en izani selaku pengelola merangkap timb dekan fppp upnm dan mantan ahli mpp uum.. xde gambar la pulak.. takpe, hari kedua nnt aku masukkan.. input yang sangat berguna. enchik apik sungguh memberikan fokus dan tumpuan sms penyampaian maklumat diberikan. gambaran apa itu MPP? peranan dan bla..bla.. selesai..

mata pon dah menunjukkan simtom-simtom utk lelap. layu je. masa utk tido.. baru nak baring.. teringat pepatah ini.. "sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan".. lalu, beliau pun ambil la wuduk dan menunaikan solat isyak. sambung la tido.. fuhhh.. tilam yg sungguh empuk bagaikan berada di atas air.. ditambah pula suhu bilik yg mencecah 15 darjah calsius serta diselimuti dengan selimut yg ayu dan lembut menyebabkan daku tidur dengan nyenyak dan aman damai..

ps: hari kedua = hari yg dinntkan.. terutamanya waktu petang.. JOLI!

pss: BKO = bengkel kepimpinan dan organisasi

0 comments:

Post a Comment