Thursday, January 29, 2009

BKO-DAY 2

A MAN TO A SOLDIER.
salam manje and hai squad.

DISCLAIMER: cerita basi lagi. lantak la.. blog aku, suke hati aku la nak tulis ape pon. peristiwa ini mmg patut diabadikan sbg kenang-kenangan utk masa hadapan.

seronoknya tido tanpa gangguan.. tilam yang empuk membuatkan daku ingin tido sampai esok.. tapi, apakan daya.. niat aku datang kesini bukan utk tido.. tp, menuntut ilmu baru..

selesai mandi.. baju merah cair berjenama "suave" dan tie merah menjadi pilihan utk digunakan sehingga tengah hari ini.


program pada pagi itu diteruskan dengan sesi ceramah yang bertajuk MOTIVASI DALAM KEPIMPINAN PELAJAR yang disampaikan oleh Tengku Naufal Tengku Mansor. penceramah merupakan seorang Penguamcara dan Peguambela. seperti biasa, enchik apik serius dalam bab ini. teringat pesanan dato' nc..

"bila kamu buat kerja, kamu mesti fokus"

yeah.. aku mesti fokus. jika ngantuk? pastikan berlaku perhubungan interaksi dua hala antara pemberi dan penerima. basuh muke..

program ditangguh seketika utk kudapan pagi. perut sudah berisi pagi tadi.. kemudian ditambah pula dengan kudapan pagi ini membuatkan enchik apik kenyang bagaikan ular sawa yg membaham seekor kambing..(haha.. logik pe..)

sesi ceramah diteruskan dengan ceramah yang bertajuk Jatidiri dan Kepentingan dalam Kepimpinan yang disampaikan oleh Encik Juaini Shaharain selaku Pen Pengarah BTN cawangan Putrajaya. Awal2 lagi aku dah gam penceramah ni sbb die datang dari BTN. hahaha.. Pasai ape? kepada kakitangan awam, mungkin diorang tau ape pasai.. sbb diorg dah merase.. tahun lepas, aku dah merase program yg dianjurkan BTN kat MSN.. motif utama? asik2 nak marah cadet je.. dah la tak fit..(sori ye.. ini mmg hakikat..) bagi enchik apik, program die xbest. bosan. balik2 crite bende yang same je. menyebabkan org mengantuk dan menyampah utk dengar. malah, cara penyampaian pon ala2 budak sekolah. penyampaian haruslah lebih efektif dan menarik. cikgu sejarah aku ajar lagi best dan bersistematik tau tak!


berbalik kepada penceramah ini, mule2 tu ok. topik yg hendak dibincangkan pun diubah last2 minet.. dapat la tajuk baru iaitu, ANCAMAN KESELAMATAN DAN SEMANGAT PATRIOTISME. konfius.. konfius.. ade kaitan ke dengan kepimpinan dan organisasi ke? hentam la labu.. dengar je la.. zazz.. masuk pulak bab2 kutuk-mengutuk dan menunding jari kepada orang tertentu.. mmm.. mcm da lari dr tajuk je.. ape lagi.. kene la hentam ngan kiteorg pulak.. amek kau.. muke merah!

selesai bab menghentam org.. mase utk makan tgh hari dan berehat sehingga jam 1400H.

program diteruskan lagi dgn ceramah yg bertajuk PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN yg disampaikan oleh En Fahmi Azar Mistar, Pen Pendaftar HEPA UPM. bla..bla..

masa utk memanjekan diri.. rakaman dr cctv ok..


makan malam.. solat.. masuk dewan kuliah seperti biase.. ceramah kali ini disampaikan oleh YBhg Prof Wan Mahzom Ahmad Shah selaku TNC HEPA UPNM. sebenarnya bukan la ceramah.. tp, sedikit amanat pembukaan dan taklimat ditambah pula input2 yg sangat berguna kepada kami.. alhamdulillah..

memandangkan ptg tadi da berehat pjg.. aktiviti diteruskan dengan perah otak.. fuh.. letih bai.. sampai kul 1 pagi.. mate pon da ngantuk.. ape lagi.. tidooooo..

ps: lambat update.. busy2..

8 comments:

amy-irol said...

huhuu wat facial :) envy LOL

Miss Jezzebelle said...

oit sempat g facial..ptot x nampak kat swimming pool!!

Zamil Afiq said...

pandai2 la secure.. hehe..

YobSumo said...

anda kna tag! pergi blog aku...

Zamil Afiq said...

tag? tgh bz la..

Fatin Farhana said...

hola! :DD

Naqib Osman said...

seyes...gamba en izani tu wat aku pecah perut...hahahaha...kui3

Zamil Afiq said...

nape pulak kau gelak?

Post a Comment