Thursday, June 4, 2009

Copy and Paste

*dipetik dari arkib utusan malaysia online 3/6/2009
NS mohon kampus induk UPNM di Lenggeng

SEREMBAN 2 Jun - Kerajaan negeri memohon kepada Kerajaan Pusat untuk membina kampus induk Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di atas tanah rizab milik Kementerian Pertahanan di Lenggeng di sini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UPNM dicadang dibina di atas tanah rizab seluas 324 hektar itu di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Katanya, tanah rizab itu sebelum ini dicadangkan bagi membina sebuah kem tentera di bawah RMK-9, tetapi ditolak kerana faktor kewangan.
''Usaha ini selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperluaskan kawasan lembah ilmu di negeri ini hingga ke Lenggeng.
''Kawasan lembah ilmu di negeri ini meliputi Bandar Enstek, Nilai dan Sendayan, oleh itu, kita mahu perluaskan ke daerah berkenaan," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perletakan Batu Asas Kompleks Komuniti Desa, Pantai di sini hari ini.
Buat masa ini, para pelajar yang mengikuti pengajian di UPNM ditempatkan sementara di Kem Sungai Besi.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri turut mengalukan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini membuka kampus cawangan masing-masing di kawasan tersebut.
Katanya, kerajaan negeri sedia menawarkan ruang dan kawasan bagi mengembangkan institusi pendidikan negara.
''Di bawah DUN Lenggeng, sudah ada dua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), jika ada mana-mana IPTA berminat, kita setuju untuk membina kampus cawangan berkenaan.
''Baru-baru ini, Universiti Malaya ada menyatakan minat untuk membangunkan kampus di sebuah kawasan di Jelebu," ujar beliau.
Di samping itu, di bawah pembangunan kawasan lembah ilmu, kerajaan akan bina Kompleks Pendidikan Bandar Enstek seluas 404.68 hektar mencakupi pembangunan Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Tunku Kurshiah (TKC), English Language Teaching Centre (ELTC) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang dijangka siap pada 2011.

1 comments:

iqafi said...

wahhh~ ade branch2 lak upnm ni..:-P

Post a Comment