Monday, June 1, 2009

entry terakhir..?

A BOY TO A MAN.

salam manje and hai squad.


pulang dari spa dan masaj-masaj, terus singgah tepi pantai.. waduh2.. indah bangat sea..

"berchuti" sorang2 ke? papa ngan mama xikot ke?


ini mungkin entry saya yang terakhir. mungkin.
sebelum saya menaip cerita ini, saya memohon seribu kemaafan atas kelewatan mempublishkan entry terbaru mengenai kehidupan saya sebagai seorang pegawai kadet dan mahasiswa di universiti ini, UPNM. oh.. tidak lupa juga, sbg celebrity di alam maya ini. haha..


untuk makluman semua, saya agak busy dengan military attachment dan intersesi yang saya jalani hingga hari ini. dalam pada masa yg sama, saya harus menumpukan perhatian saya sepenuhnya dalam 2 subjek teras numerical method dan ethics.. 20jam waktu kuliah. oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti berblogging untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada perkara yang lebih utama dan lebih penting. apa yang pasti, keputusan sem lepas adalah sangat2 mengecewakan. konfem, sem kali ni saya tidak berjaya mengekalkan status sbg pemegang anugerah dekan. sungguh menyedihkan. saya fikir, inilah padahnya apabila suka "main-main". walaubagaimanapun, saya akan berusaha semula untuk bangkit dari kejatuhan ini.


saya menerima beberapa sms dari rakan2 serta comment(s) dari anonymous supaya cepat mengupdate blog.. ada juga yg ingin penjelasan dari saya mengenai kisah sensasi saya bersama dotdot.. opss, saya tidak mahu menjawab berita kabar angin itu.. sekadar menghangitkan sahaja.. dan ada juga kisah dotdot.. biarkan saja. tunggu dan lihat saja siapa yg asid, siapa yang alkali, dan siapa yg neutral.

ini adalah entry saya yang terakhir. mungkin.



beberapa hari lalu, saya telah pulang ke malaysia setelah "berrcuti" di bali selama 3 hari 2 malam. bercuti ker..? untuk makluman semua, saya telah dipilih oleh hal ehwal pelajar dan alumni untuk mewakili universiti dalam program 2nd Regional Convention on Student Development yang dianjurkan oleh UUM dengan kerjasama universitas udayana. peluang yang diberikan ini sangat bermakna buat saya. alhamdulillah, dengan adanya program sebegini, banyak perkara yang saya belajar dan harus dikongsi bersama. disiplin terhadap masa adalah sangat2 penting. dan ini bukan masalah saya kerana sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. 6 slot yang dibentangkan sungguh berinformasi. 3 jam masa yang diperuntukkan untuk bershopping sakan di Krisna adalah cukup puas dan berbaloi. jika ada kelapangan waktu, saya akan berkongsi bersama anda beberapa slot menarik bersama Assoc Prof Dr Shatar Sabran, Dr Prof Philip Hallinger as well as Tan Sri Dr Nordin Kardi.

waduh2 bapak, banyak uwangnya.. harus digelar jutawan kok..

laporan juga hendak disiapkan dalam masa 3 hari ini. preparation untuk test, pop quiz dan fitness untuk diri sendiri.

ini entry saya yang terakhir. mungkin. terakhir untuk bulan ini. jika ada kelapangan, saya akan singgah sebentar.

ps: nak cili merah ke hijau? dua - dua cili pedas rasanya!
pss: dah.. dah.. pegi wat revision untuk numerical methods..
psss: plan nak danau toba pulak.. sape nak ikot?

9 comments:

Farhan Azahan said...

ANJE!!!! TIDAK!!!!
Wes...ko biar betul dah nk pergi...
Ni yang wat aku nak berkabung neh...meratapi permergian Anje..isk3...

Zamil Afiq said...

eleh.. hari2 jumpe kau kat kelas..

Zamil Afiq said...

iqafi
oh ye ke.. keciknye dunia ni..

aMyErInAiMiE said...

nnt amek award at my page k?bile dh free utk berblogging

Harris Shah Abd Hamid said...

Congratulations for being selected to represent ur University.
Good luck on improving ur academic achievement.

Ri said...

dear apik,

do what you think is best :)
just hope you'll keep in touch...

good luck and God bless!

Anonymous said...

wah bestnyer... rase nak pegi gak
semoga berjaya dalam ape jua keadaan...

Zamil Afiq said...

aMyErInAiMiE
award lagi.. terima kasih.. nnt saya akan amek award tu bersama trofi, hadiah saguhati, wang tunai 20ribu.. hikss..

Harris Shah Abd Hamid
thank you.. i will try my best next semester.. insyaallah..

Ri
k.. keep in touch yeah..

YobSumo said...

ohh syoknya pg bali free2...
itu duit dpt jugak ke duit sendiri tu?

Post a Comment